Corgi Wales Pembroke
Nama ringkas | Corgi, Welsh Corgi, Pembroke | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Wales | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Corgi Wales Pembroke[a] ialah satu baka anjing gembala lembu yang berasal dari Pembrokeshire, Wales.[1] Pada sekitar abad ke-19, corgi pernah dikenali sebagai Welsh cur, dengan cur yang memaksudkan anjing pekerja (atau cor yang diterjemahkan kepada "menjaga" dalam bahasa Wales) and gi yang merupakan perkataan bahasa Wales untuk "anjing".[2] Ia merupakan salah satu daripada dua baka yang dikenali sebagai corgi Wales, yang lain merupakan corgi Wales Cardigan. Corgi Wales Pembroke diturunkan daripada keluarga anjing spits.
Corgi Wales Pembroke masyhur sebagai baka pilihan Ratu Elizabeth II yang memiliki lebih daripada 30 ekor corgi diraja semasa pemerintahan baginda.[3] Walaupun anjing-anjing ini telah digemari oleh kerabat diraja British selama lebih daripada tujuh puluh tahun, dalam kalangan orang awam British pula baru-baru ini, ia telah merosot dari segi kepopularan dan permintaan.[4] Walau bagaimanapun, ia kekal sangat popular di Amerika Syarikat. Bandar raya seperti New York, Boston, Los Angeles, dan San Francisco mengadakan "Corgi Meetup" tahunan yang melibatkan beratus-ratus ekor anjing dan pemilik anjing tersebut yang berkumpul untuk meluangkan hari itu.[5]
Corgi Wales Pembroke telah ditempatkan di tangga ke-11 dalam The Intelligence of Dogs oleh Stanley Coren yang menyatakan bahawa baka ini dianggap sebagai anjing pekerja cemerlang. Corgi Wales Pembroke dinilai sebagai baka anjing ke-11 paling popular pada tahun 2020 menurut American Kennel Club.[6]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Corgi Wales Pembroke berbeza daripada corgi Wales Cardigan dengan tubuh lebih pendek, telinga lebih kecil, dan tungkai lebih lurus sedikit.[7]
Corgi Wales Pembroke mempunyai telinga tegak yang berperkadaran dengan segi tiga sama sisi bagi kepala. Piawaian baka menunjukkan bahawa telinga patut kukuh, bersaiz sederhana, dan meruncing sedikit ke titik membulat. Kepalanya patut "mirip rubah" dari segi rupa bentuk dan penampilan. Baka Pembroke biasanya berukuran seberat sekitar 22–27 paun (10.0–12.2 kg). Ia kerap berukuran setinggi 8–12 inci (20–30 cm) dan, pada purata, hidup sehingga sekitar usia 13 tahun.[8]
Oleh sebab corgi Wales Pembroke mempunyai berlapis bulu ganda, ia bersalin bulu dengan banyak sepanjang tahun, dengan puncaknya pada musim bunga dan musim luruh. Dengan pemberusan kerap, lapis bulunya agak mudah dijaga, serta secara semula jadi kalis air dan kalis kotoran (dengan pengecualian "fluffy").Templat:What Betina utuh juga diketahui berganti bulu semasa estrus.[9] Lapis bulunya mempunyai penandaan agak ringan pada setiap sisi kelasa yang disebabkan oleh perubahan dari segi ketebalan, panjang, dan arah pertumbuhan bulu.[10] Lapis bulu anjing Pembroke juga berbeza-beza dari segi warna, daripada warna kemerah-merahan, atau malah warna pasir, hingga perang dan hitam. Bersama-sama dengan warna berlainan ini, lapis bulunya kadang-kadang juga mengandungi bintik-bintik putih.[8]
Kecacatan baka wujud dan tidak patut dibiakbakakan dengan sengaja; seperti corgi dengan lapis bulu sangat panjang dan lebih nipis yang berpunca daripada gen resesif[10] dan lapis bulu merah dengan kecenderungan kebiru-biruan yang mempunyai warna cair.
Walaupun sesetengah corgi Wales Pembroke pesisih lahir dengan ekor yang pendek secara semula, kebanyakan anjing kerap mempunyai ekor yang dipotong pada usia 2–5 hari kerana tradisi bersejarah atau mengakuri piawaian baka.[11] Pemotongan ekor buatan tidak diperlukan untuk anjing berkenaan melakukan tugasnya sebagai anjing gembala di United Kingdom seperti yang didakwa oleh orang ramai (kerana corgi Wales Cardigan juga anjing gembala tetapi ekornya tidak pernah dipotong) tetapi sebaliknya kerana anjing bukan gembala dianggap sebagai kemewahan di bawah undang-undang cukai dan menarik cukai, jadi untuk menunjukkan bahawa anjing mereka anjing gembala, pemilik perlu memastikan bahawa anjing berkenaan memilik ekor terpotong.[perlu rujukan] The Kennel Club,[12] United Kennel Club,[13] dan FCI mengizinkan ekor utuh dalam pertunjukan pengakuran. Piawaian AKC menyatakan bahawa ekor patut dipotong tidak lebih daripada 2 inci (5 cm). Di banyak negara termasuk United Kingdom, pemotongan ekor telah diharamkan.[14]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Corgi Wales Pembroke suka terlibat dalam keluarga dan cenderung untuk ikut ke mana sahaja pemiliknya pergi. Ia mempunyai keinginan besar untuk menggembirakan pemiliknya, lalu menjadikannya bersemangat untuk belajar dan berlatih. Anjing ini juga dapat menjadi mencabar untuk dilatih kerana latar belakang kerja, kedegilan, dan kecerdasannya – ia dinilai sebagai anjing kesebelas paling cerdas dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren. Selain penggembalaan, ia juga berfungsi sebagai anjing pengawal kerana kewaspadaan dan kecenderungan untuk menyalak, yang dapat menjadi lebih parah jika tidak dirangsang dengan secukupnya. Kebanyakan corgi Pembroke akan mencari perhatian semua orang yang ditemui dan berkelakuan baik di sekeliling kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain. Ada kepentingan untuk mensosialisasi baka ini dengan haiwan lain, orang dewasa, dan kanak-kanak semasa ia masih sangat muda untuk mengelakkan sebarang tingkah laku antisosial atau agresi di kemudian hari. Satu lagi perkara yang perlu diingati ialah bahawa dengan keperluan rangsangan, ia juga memerlukan senaman kerana ia mudah mengalami kenaikan berat.[8] Ia suka berlari-lari berkeliling dan menggali lubang dan, oleh sebab penggembalaannya dan – untuk sesetengah anjing – naluri pemangsa, ia suka mengejar apa sahaja yang bergerak, jadi hal terbaik ialah mengekalkannya di dalam kawasan berpagar. Naluri penggembalaan juga akan menyebabkan sesetengah corgi Pembroke lebih muda menggigit buku lali pemiliknya kerana ini ialah perbuatan terhadap lembu yang menjadi tujuan pembiakbakaannya.[15]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[16] Corgi Wales Pembroke adalah akondroplastik, yang bermakna bahawa ia merupakan baka "kerdil sejati". Oleh itu, pendirian dan tubuhnya dapat membawa kepada keadaan kesihatan tidak terwaris tertentu, tetapi isu genetik juga patut dipertimbangkan. Lazimnya, corgi Pembroke dapat menderitai monorkidisme, penyakit von Willebrand, displasia pinggul, mielopati degeneratif (DM), dan masalah terwaris mata seperti atrofi retina progresif. Pengujian genetik tersedia untuk corgi Wales Pembroke untuk mengelakkan isu-isu ini dan meningkatkan takungan kesihatan genetik.[17] Corgi Pembroke juga terdedah terhadap obesiti jika terdapat selera makan mantap, yang merupakan ciri baka kumpulan gembala.[18]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Zuriat corgi Wales Pembroke telah dijejak kembali sejauh tahun 1107 Masihi.[1][19] Walaupun dengan pendirian lebih kecilnya dan tungkai lebih pendeknya, ia sangat tangkas dan merupakan anjing gembala cemerlang.[8] Terdapat kata-kata bahawa para penenun Flemish membawa anjing ini bersama dengan mereka semasa mereka mengembara untuk menetap di Wales. Sesetengah kisah popular memberi corgi mitos penciptaan yang berkaitan dengan pari-pari. Salah satu kisah menyatakan bahawa dua orang kanak-kanak berlari melalui hutan dan terserempak dengan pengebumian seorang pari-pari. Pari-pari berkabung memberi dua orang kanak-kanak itu dua ekor anak corgi kecil dan kanak-kanak itu membawa anjing-anjing itu pulang, lalu memberi baka ini kepopularan.[2] Kisah-kisah juga menyatakan bahawa corgi memainkan peranan sebagai kuda perang untuk pari-pari sebelum menjadi anjing gembala untuk manusia. Di pangkal paha corgi, terdapat garis bulu lebih kasar sedikit yang dipanggil pelana pari-pari. Cerita rakyat ini tentang baka corgi telah sukar ditentusahkan kerana tidak muncul dalam buku-buku Wales lebih tua atau cerita rakyat bertulis lebih lama. Terdapat spekulasi bahawa dongeng tersebut berasal daripada pembiak baka pada zaman lebih kini. Legenda ini sukar dijejak kerana tiada yang bertulis dan biasanya bersebar sebagai buah mulut.[2]
Corgi Pembroke dan corgi Cardigan pertama kali muncul bersama-sama pada tahun 1925 apabila kedua-duanya ditunjukkan di bawah peraturan The Kennel Club di Britain.[20] The Corgi Club diasaskan pada Disember 1925 di Carmarthen, Carmarthenshire.[20] Anggota tempatan dilaporkan menggemari baka Pembroke, jadi sebuah kelab untuk penggemar corgi Cardigan diasaskan setahun atau lebih kemudian.[20] Kedua-dua kumpulan telah bekerja keras untuk memastikan penampilan dan jenis baka dipiawaikan melalui pembiakbakaan terpilih teliti.[20] Corgi Pembroke dan corgi Cardigan diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada tahun 1928 dan pada mulanya dikategorikan bersama-sam di bawah tajuk tunggal Welsh Corgis sebelum kedua-dua baka ini diiktiraf sebagai baka berasingan dan berbeza pada tahun 1934.[20]
Corgi Wales Pembroke sedang menjadi semakin popular di Amerika Syarikat dan menduduki tempat ke-20 (ke-24) dalam pendaftaran American Kennel Club,[21] setakat tahun 2015 (2012). Walau bagaimanapun, corgi kini tersenarai sebagai baka "rentan" di United Kingdom; penurunan itu telah dikatakan disebabkan oleh pelarangan pada tahun 2007 terhadap pemotongan ekor di United Kingdom, serta kekurangan pembiak baka di United Kingdom.[22] Pada tahun 2009, corgi ditambahkan ke dalam senarai "Dipantau" The Kennel Club bagi baka British apabila pendaftaran tahunan berjumlah antara 300 dengan 450.[23] Pada tahun 2014, baka ini dimasukkan ke dalam senarai "Baka Asli Rentan" bagi The Kennel Club apabila pendaftaran menurun ke bawah 300.[23] Pada tahun 2018, baka ini keluar daripada senarai "Berisiko" dengan 456 ekor anak anjing yang didaftarkan pada Disember 2017.[23] The Kennel Club telah mengkreditkan minat baharu terhadap baka ini kepada siri televisyen popular Netflix, The Crown,[23] dan lain-lain.[24] Corgi Wales Pembroke juga telah muncul dalam rancangan televisyen Amerika Brooklyn Nine-Nine sebagai anjing peliharaan milik Captain Raymond Holt dan Kevin M. Cozner dan ditunjukkan amat setia. Ein, seekor corgi dengan kecerdasan setanding manusia, ialah salah satu daripada 5 watak utama dalam rancangan televisyen Cowboy Bebop.
Kegiatan
[sunting | sunting sumber]Corgi Wales Pembroke dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan.[25] Corgi, walaupun mengalami kekerdilan yang memberikan ilusi tungkai perlahan kecil, mampu mencapai 25 miles per jam (40 km/j) jika sihat dan cergas. Ini adalah kerana corgi cenderung untuk lebih menggunakan kekuatan tubuh atas untuk berlari berbanding dengan kebanyakan anjing, yang memberinya kebolehan tertingkat dengan kegiatan seperti ketangkasan dan penggembalaan dan perlumbaan.
Corgi diraja
[sunting | sunting sumber]Pada usia muda, keghairahan Sang Ratu terhadap baka ini bermula apabila ayahanda baginda, Raja George VI, membawa pulang corgi diraja pertama mereka yang kemudiannya dinamai Dookie.[26] Sang Ratu menghentikan pembiakbakaan corgi pada sekitar tahun 2012 supaya tidak meninggalkan seekor pun selepas baginda mangkat; corgi terakhir baginda, Willow, mati pada April 2018.[27] Baginda telah dihadiahi dua ekor anak corgi baharu oleh keluarga baginda pada tahun 2021.[28][29]
Pada 3 April 2019, filem The Queen's Corgi dikeluarkan.[30]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: کورݢي ويلس ڤيمبروک ; bahasa Inggeris: Pembroke Welsh corgi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Corgi Wales Pembroke |
- ^ a b Wheeler, Jill C. (2010). Welsh Corgis [Corgi Wales] (dalam bahasa Inggeris). Edina, Minnesota, Amerika Syarikat: Abdo Publishing Company. m/s. 6. ISBN 9781616136413. OCLC 767670937.
- ^ a b c Allison, Sarah (Musim Sejuk 2023). "The Fairy Mythology of Corgis" [Mitologi Pari-pari Corgi]. Gramarye (dalam bahasa Inggeris) (24): 19–28.
- ^ Gaylord, Chris (2 Jun 2012). "Queen's Diamond Jubilee: Just how many dogs does she own?" [Jubli Intan Ratu: Berapa anjing yang dimiliki oleh baginda?] (dalam bahasa Inggeris). The Christian Science Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2013. Dicapai pada 14 Disember 2024.
- ^ "Vulnerable native breeds" [Baka asli rentan] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2016. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
- ^ Ho, Eric (1 Oktober 2017). "How I Became The Leader Of The New York City Corgi Meet Ups" [Cara Saya Menjadi Pemimpin Pertemuan Corgi Bandar Raya New York] (dalam bahasa Inggeris). Medium. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ Reisen, Jan (16 Mac 2021). "The Most Popular Dog Breeds of 2020" [Baka Anjing Paling Popular 2020] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ Beauchamp, Richard G. (1 Februari 1999). Welsh Corgis: Pembroke and Cardigan: A Complete Pet Owner's Manual [Corgi Wales: Pembroke dan Cardigan: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 15. ISBN 9780764105579. OCLC 151233328.
- ^ a b c d (dalam bahasa Inggeris). Gale https://galeapps.gale.com/apps/auth?userGroupName=albu78484&sid=ebsco&origURL=https%3A%2F%2Fgo.gale.com%2Fps%2Fi.do%3Fp%3DSTND%26u%3Dalbu78484%26id%3DGALE%257CA797172469%26v%3D2.1%26it%3Dr%26sid%3Debsco%26aty%3Dip&prodId=STND. Dicapai pada 14 Disember 2024. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Eldredge, Debra M. (25 Februari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 70. ISBN 9780470443644. OCLC 609848033.
- ^ a b Eldredge, Debra M. (25 Februari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 17. ISBN 9780470443644. OCLC 609848033.
- ^ "Official Standard for the Pembroke Welsh Corgi" [Piawaian Rasmi untuk Corgi Wales Pembroke] (dalam bahasa Inggeris). Pembroke Welsh Corgi Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "Breed Information Centre: Welsh Corgi (Pembroke)" [Pusat Maklumat Baka: Corgi Wales (Pembroke)] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2013. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "PEMBROKE WELSH CORGI" [CORGI WALES PEMBROKE] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2012. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Lambert, Cathy (2008). Getting to Know Poodles: A Guide to Choosing and Owning a Poodle [Mengenali Pudel: Panduan untuk Memilih dan Memiliki Pudel] (dalam bahasa Inggeris). Kalamunda, Australia Barat, Australia: Animalinfo Publications. m/s. 15. ISBN 9781921537066. OCLC 765637546.
- ^ "AKC MEET THE BREEDS®: Pembroke Welsh Corgi" [KENALI BAKA AKC: Corgi Wales Pembroke] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "From the Genetics Committee of the Pembroke Welsh Corgi Club of America, Inc" [Daripada Jawatankuasa Genetik Pembroke Welsh Corgi Club of America, Inc.] (dalam bahasa Inggeris). Pembroke Welsh Corgi Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Burton, E. Hywel (18 Oktober 2011). Pembroke Welsh Corgi: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Corgi Wales Pembroke: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 116. ISBN 9781593788902. OCLC 772844694.
- ^ "Pembroke Welsh Corgi: History" [Corgi Wales Pembroke: Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2014. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ a b c d e Eldredge, Debra M. (27 Januari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 21. ISBN 9780470390610. OCLC 1249999552.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "Corgis Are Now a 'Vulnerable' Breed in Britain" [Corgi Kini Baka 'Rentan' di Britain] (dalam bahasa Inggeris). ABC News. 10 Februari 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ a b c d "Corgis and the Queen: Celebrating the breed that the Queen made popular" [Corgi dan Ratu: Meraikan baka yang dijadikan popular oleh Sang Ratu] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 18 April 2018. Dicapai pada 14 Disember 2024.
- ^ Seales, Rebecca (3 Jun 2022). "Corgis: How the Queen fell in love and started a phenomenon" [Corgi: Cara Sang Ratu jatuh hati dan mulakan fenomena] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
- ^ Bertin, Jane (24 November 2016). "What Are the Queen's Corgis Called? All About Elizabeth II's Dogs" [Corgi Sang Ratu Dipanggil Apa? Semuanya tentang Anjing Elizabeth II] (dalam bahasa Inggeris). AnimalWised. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Wilkes, Joseph (3 Disember 2020). "Queen left with just one dog as her beloved dorgi Vulcan dies 'of old age'" [Ratu tinggal dengan hanya seekor anjing apabila dorgi kesayangan baginda mati 'akibat usia'] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mirror. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Corbin, Tianna (20 Mac 2021). "Queen's new corgi pups are named after relative and favourite beauty location" [Anak corgi baharu Sang Ratu dinamai sempena kerabat dan lokasi keindahan kegemaran] (dalam bahasa Inggeris). The Cornishman. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Brazell, Emma (13 Jun 2021). "Queen 'given corgi puppy' by Andrew on Philip's 100th birthday" [Ratu 'dipersembahkan anak corgi' oleh Andrew pada hari keputeraan ke-100 Philip] (dalam bahasa Inggeris). Metro. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Hoffman, Ashley (18 April 2018). "The Queen's Last Royal Corgi Died, But Please Try to Keep Calm and Carry On" [Corgi Diraja Terakhir Sang Ratu Mati, tapi Tolong Cuba Bertenang dan Teruskan] (dalam bahasa Inggeris). Time. Dicapai pada 21 Januari 2024.